- Tetapkan matlamat yang tinggi, tetapi jangan terlalu idealistik. Tetapkan matmalat jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Kemas kini matlamat anda setiap kali berjaya mencapai salah satu daripadanya. Semakin anda berjaya, semakin tinggi matlamat yang boleh difikirkan.
- Tetapkan tumpuan. Pernahkah anda menonton perlawanan badminton? Pernahkah anda melihat ada orang yang mendahului lawan, tetapi tidak lama kemudian dia tewas? Kenapa?? Antara alasan yang popular adalah hilang tumpuan. Jadi, tidak kiralah anda bermain badminton, bermesyuarat, berbual, berbincang, berfikir, mengulangkaji, membaca, belajar, menjawab peperiksaan dan sebagainya anda mesti memberi tumpuan dan fokus.
- Kemahiran 4M ~ Membaca, Mendengar, Menulis, Membentang. Membaca dan Mendengar adalah kemahiran menerima maklumat. Manakala Menulis dan Membentang adalah kemahiran menyampaikan maklumat. Anda mungkin tidak akan mencapai matlamat yang telah ditetapkan jika tidak mempunyai kesemua kemahiran ini.Maka, ia adalah pakej kejayaan yang mesti dimiliki.
- Jadilah jurulatih. Jangan kedekut ilmu. Ajarlah orang lain melakukannya sama ada teknik bermain badminton, teknik mengingat pantas, teknik menghafal, teknik mengira atau apa sahaja. Anda tidak hilang apa-apa apabila mengajar orang lain. Bahkan, anda akan lebih mengingati maklumat tersebut. Anda akan lebih memahami dan mengingatinya. Percayalah...
- Jangan 'hangat-hangat tahi ayam' atau semangat bermusim. Jika ingin menjadi baik daripada orang lain, saudara mesti mengelak daripada tabiat ini. Musim atau minggu peperiksaan, maka andalah yang tidak tidur malam atau tidak makan kerana mengulangkaji. Hasilnya pasti akan mengecewakan.
Wednesday, June 4, 2008
PETUA ORANG YANG INGIN BERJAYA
Bagaimana hendak menjadi orang yang sangat berjaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam buat semua...
Sebarang komen / cadangan / maklumbalas,
sila emailkan kepada saya: norasina7475@yahoo.com
sila emailkan kepada saya: norasina7475@yahoo.com

No comments:
Post a Comment